Ini sambungan dari cerita hati sebal tak dapat makan dimsum yang korang boleh baca kat sini
Malam selepas kejadian selepas dah ku pulangkan wang bersama kepada ahli ahli rombongan, tuan tanah & Mimi buat keputusan berjalan jalan disekitar Tsim Sha Tsui. Lagipun esoknya dah nak balik ke KL. So meh la jalan jalan tengok area guesthouse ni.
Kebetulan juga dah janji dengan kawan yang tuan tanah kenal dari Couchsurfing. Ahmoi ni yang bernama Becky janji nak bawa kami cuba satu coffee shop yang pretty famous kat Tsim Sha Tsui tapi maapkanlah tuan tanah sebab tak sempat nak tengok nama kedai tu. Tapi yang confirm cafe tu terletak didalam Mira Shopping Centre sederet dengan guesthouse kami duduk tu.
Macam macam gak kami bertiga borak. Dari topik lifestyle orang Malaysia & orang Hong Kong, topik hartanah & of course topic travelling. Yang paling hebat time ni hp tak tengok langsung. Macam rasa krik krik kalau nak keluarkan hp & amik gambar menu. Almost 2 hours jugak la kitorang borak & mujur english Becky ni agak mudah untuk difahami. Takde slang jinjang langsung. Masa nak balik tu, ada juga ambil gambar dengan Becky. Lepas dah bye bye kiss kiss sikit, macam biasalah duk pulun upload kat FB. Sekali Becky whatsapp minta jangan letak gambar dia. Salah diri sendiri jugak kan. Tak mintak permission. Teruslah delete & mintak maaf je lah mampu.
Lepas settle jumpa Becky, kitorang berdua berjalan menuju ke Avenue of Stars. Dekat je dari guesthouse kami. Cuma kalau tengok directions kat google, kebanyakan suruh turun ke bawah lalu jalan bawah tanah untuk lintas jalan kat area Sheraton Hotel tu. Tapi sebenarnya tak perlulah.
Sampai je hujung bangunan Sheraton Hotel tu korang boleh lintas menuju ke Louis Vuitton / The Peninsula Arcade. Pastu korang lintas pulak jalan besar depan LV tu. Nanti dah boleh nampak dah directions ke Avenue of Stars.
Kalau korang datang dalam jam 8pm ada Symphony of Lights. Tapi masa ni, kitorang memang sampai dah lewat dah. Cuma jalan jalan ambil angin malam. Masa ni kami memang tak bawa dslr bersama. Memang harapkan camera hp je lah. Tapi antara banyak banyak moment, moment ni la paling relax sekali. Borak berdua. Cerita tak cover cover & yang penting sekepala. Oh by the way masa ni the other 2 pun ada kat area sini. Memang doa je harap harap tak jumpa. Haha jahat sungguh.
Duduk duduk, tengok orang lalu lalang, makan sotong bakar, gossip pasal cerita korea, mengata pasal fashion orang sambil tengok pemandangan. Memang best. Sampailah tetiba hujan. Hahaha. Siotan sungguh. Kitorang sempat gak ambil gambar kenangan dari official photographer yang banyak buat stall stall kecil kat area situ. Saja la habiskan HKD.
Dalam jam 11 macam tu kitorang balik ke bilik dan bermulalah acara packing barang. Mencabar sungguh sebab bila sorang packing, sorang lagi kena baring atas katil. Ha yang ni la yang payahnya duduk bilik kecik untuk kami yang berskala 3 hektar ni. Macam biasa haruslah Mimi takkan kacau kemenggelabahan keseteresan tuan tanah packing.
Next nanti tuan tanah share our last day kat HK ye. Till next time!